Catatan

Wmiru8 Blog

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 2 : Selamat Tinggal Kampung Ku

Hidup kami semua kekal dalam keadaan yang tidak stabil. Entah bila rasanya dunia ini keal begini. Rakyat hidup semakin susah dengan adanya tekanan kuasa asing yang tidak sedikitpun membantu untuk membantu kami malahan semakin memburukkan lagi keadaan. Keadaan kemudiannnya berubah apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapatnya pertapakan pengganas yang dikatakan bertapak di kamung ini. Dalam masa yang sama Pertubuhan Kuasa Sedunia sudah memulakan gerakan untuk menempatkan askarnya dikawasan perkampungan ini. Setiap hari pasti kedengarannya rakyat tempatan ditahan tanpa sebab. Malahan terdapat juga yang ditebak mati akibat keengganan mereka yang enggan memberikan kerjasama. Keadaan semakin tidak terkawal lagi apabila masyarakat sudah mula terpecah kepada tiga pihak dimana terdapatnya diantara mereka menyebelahi pihak pemberontak, sebahagian lagi berpihak pula kepada kuasa asing dan juga pihak pengganas. Kami sudah mula tidak rasa sedap hati apabila ketiga pihak ini mula bertelagah ...

Jual beli emas secara atas talian

Imej
Pada tahun 2012 memperlihatkan bahawa ianya merupakan tahun kemuncak bagi kenaikan harga emas sebelum kian menjunam semula pada awal tahun 2013. Namun pada akhir tahun 2014 harga emas mencapai nilai yang terendah pada 6 November 2014 dengan nilainya serendah RM 122.8184 segram sebelum harganya kian meningkat semula pada tahun berikutnya. Harga emas terus meningkat sehingga pada 4 September 2017 dengan nilai emas sebanyak RM 183.1654 segram. Setelah itu harga emas menunjukkan penurunan secara perlahan sehingga pada 22 Ogos 2018 dengan nilai emas RM 157.7444 segram. Bermula pada tahun 2019 menunjukkan tahun keemasannya pula apabila harga emas meningkat secara drastik sehingga mencapai harga RM 207.5704 segram pada 2 September 2019 sebelum kembali menurun. Namun apabila menjelangnya musim Covid-19 pada akhir Disember 2019, harga emas kembali meningkat semula sehingga mencapai harga tertinggi pada 17 Ogos 2020 dengan nilai RM 268.1790 segram. Namunharga emas kembali menurun dan meningkat s...

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 1 : Hidup ku

Episode 1 : Hidup ku Pertempuran sudah tercetus. Letupan bom, dan tembakkan senjata api kedengaran dimana-mana sahaja. Semua orang melarikan diri untuk menyelamatkan diri masing-masing. Yang berada dalam fikiran kini hanyalah tempat berlindung. Tetapi adakah tempat yang selamat untuk berlindung? Hanya kepada tuhan sahajalah aku memohon kepada ku untuk membantu ku. Kata ku " Ya tuhan ku, bantulah aku ". Kelihatan seperti kepulan asap yang berwarna hijau berada di sekelilingku, tanpa ku sedari pernafasan ku semakin sesak. Akhirnya aku jatuh dan pingsan. Hanya kata-kata terakhir yang kedengaran dari bibir ayah ku " Adik... Ayah minta maaf, tolong jaga Miya untuk ayah.... ". Aku masih mengingati keadaan sebelum kekejaman umat manusia ini tercetus. Keadaan yang sangat aku rindukan dimana aku masih lagi mampu untuk menikmati keheningan di pagi hari. 2 bulan sebelum kejadian Ayah : Angah! Angah! Bangun sudah subuh.... Aku : Angah sudah habis sekolah ayah. Kenapa perlu bang...

Unit Pertahanan Benua (UPB) - Intro

Intro Unit Pertahanan Benua Hi semua, kepada para pembaca yang membaca laman blog saya, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan melancarkan sebuah cerita yang menyerupai seperti novel. Kisah ini merupakan sebuah kisah yang saya reka sendiri tanpa mengaitkan mana-mana pihak, badan organisasi mahupun sesebuah negara yang saya ceritakan di dalam cerita ini. Matlamat utama saya melancarkan bahagian novel ini adalah bertujuan untuk menceritakan punca dan akibat apabila sesebuah bangsa itu tidak bersatupadu dalam sesebuah negara. Pada hari ini kita memperlihatkan pelbagai keperitan yang diterima orang ramai akibat peperangan. Bukan sahaja itu, tetapi terdapat juga penindasan yang telah berlaku secara terang-terangan tanpa diketahui dan dibela oleh sesiapapun. Jadi, situasi ini memberikan motivasi kepada diri saya untuk terus berjuang dan berusaha untuk menyatupadukan sesuatu bangsa dan masyarakat tanpa mengira bahasa, agam...

Cara menggunakan Best App (Aplikasi pelaburan)

Imej
PENGENALAN Aplikasi Best Invest merupakan antara aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan. Aplikasi tersebut telah dihasilkan oleh Syarikat perbankan Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad atau dikenali sebagai BIMB. Aplikasi tersebut merupakan antara aplikasi melaksanakan pelaburan mengikut syariat islam. Dengan kata lain aplikasi tersebut adalah patuh syariah. Jadi tidak perlu di risaukan lagi sama ada hasil duit pelaburan tersebut mempunyai unsur haram atau meragukan untuk digunakan. PENDAFTARAN Untuk pendaftaran anda perlu dilakukan dengan menggunakan aplikasinya sendiri. Tiada pendaftaran melalui pihak ketiga yang digunakan oleh pihak BIMB. Sebarang pendaftaran tersebut perlu dilakukan oleh anda sendiri demi menjamin keselamatan data peribadi anda. Aplikasi ini buat masa ini hanya tersedia di Google Play dan App Store. Jadi hati-hati ketika memulakan pelaburan anda agar tidak tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila anda membuka aplikasi ini, anda ...

Aplikasi yang boleh buat duit

Imej
Kali ini saya akan kongsikan aplikasi yang boleh membantu anda untuk menjana pendapatan. Namun, ingin saya mengingatkan sekali lagi bahawa aplikasi yang dinyatakan boleh digunakan di peranti Android, Apple.  1) Hello Gold Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang digunakan untuk simpanan emas. Tempoh masa untuk simpanan emas kebiasaannya bertujuan untuk jangka masa panjang yang disebabkan emas merupakan salah satu nilai yang stabil. Disamping jumlah pelanggan yang penyimpan emas semakin meningkat, Tidak hairanlah Hello Gold tampil menawarkan perkhidmatan untuk menjual dan membeli emas. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan antara yang patuh syariah. Perkhidmatan transaksi lebih cepat, mudah dan selamat. Apa yang menjadikannya istimewa, aplikasi ini membenarkan pembelian emas menggunakan ewallet iaitu boost. https://www.hellogold.com/emas-dalam-talian-patuh-syariah-2/ https://www.hellogold.com/my/buy-gold-with-boost/ 2) Public Gold Aplikasi ini ...

Cara menggunakan eToro

Imej
Tentu ramai yang tertanya , bagaimanakah cara untuk menggunakan eToro . Sama seperti saya , pada mulanya saya sendiri tidak mengetahui cara untuk menggunakan eToro tetapi lama kelamaan saya dapat menguruskan sendiri pelaburan samaada ingin menjual atau membeli. Saya akan berkongsikan maklumat yang asas terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.   PENDAFTARAN Jika ingin melihat sendiri eToro , anda perlu melayari  https://www.etoro.com/ms-my/login  . Jika ingin mendaftar layari  https://www.etoro.com/ms-my/accounts/sign-up  . Bagi yang tidak pernah membuka laman web ini , anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Setelah anda mendaftar masuk , anda dapat melihat laman web seperti gambar dibawah MENAMBAH PASARAN Di bahagian sebelah kiri , anda boleh melihat pilihan bar dari senarai pantau sehinggalah ke log keluar. Di senarai pantau , anda boleh melihat sendiri senarai pelaburan yang sudah disediakan.  Anda boleh menambah pasar...

Pelaburan eToro

Imej
Pelaburan eToro merupakan salah satu pelaburan kegemaran saya kerana cara pelaburannya yang mudah. Anda hanya perlu memilih jenis pelaburan yang anda inginkan. Sebagai contohnya , anda boleh melabur dalam mata wang digital , komoditi , saham dan sebagainya. Bagi sesetengah orang tentu mengatakan bahawa perlaburan ini tidak halal bagi individu beragama Islam. Tidak perlu dirisaukan lagi , kini eToro telah melengkapkan pelaburannya dengan akaun Islam yang mengikut syariat. Bagi anda yang berada di Asia Tenggara , anda boleh berhubung melalui dibawah: Business Development Associate-Indonesia e: mayariskade@etoro.com Jika ingin membuka akaun Islam kepada klien mereka dengan syarat anda perlu deposit minimum sebanyak USD 1000 yang perlu dilakukan sekali sahaja. Agak tergugat bukan ? Mahu atau tidak anda perlu mendepositkan nilai minimumnya untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Ataupun anda bertukar kapada pelaburan yang lain untuk mendapatkan perkhidmatan akaun Islam. Rujuk laman dibaw...