Episode 1 : Hidup ku
Pertempuran sudah tercetus. Letupan bom, dan tembakkan senjata api kedengaran dimana-mana sahaja. Semua orang melarikan diri untuk menyelamatkan diri masing-masing. Yang berada dalam fikiran kini hanyalah tempat berlindung. Tetapi adakah tempat yang selamat untuk berlindung? Hanya kepada tuhan sahajalah aku memohon kepada ku untuk membantu ku. Kata ku " Ya tuhan ku, bantulah aku ". Kelihatan seperti kepulan asap yang berwarna hijau berada di sekelilingku, tanpa ku sedari pernafasan ku semakin sesak. Akhirnya aku jatuh dan pingsan. Hanya kata-kata terakhir yang kedengaran dari bibir ayah ku " Adik... Ayah minta maaf, tolong jaga Miya untuk ayah.... ".
Aku masih mengingati keadaan sebelum kekejaman umat manusia ini tercetus. Keadaan yang sangat aku rindukan dimana aku masih lagi mampu untuk menikmati keheningan di pagi hari.
2 bulan sebelum kejadian
Ayah : Angah! Angah! Bangun sudah subuh....
Aku : Angah sudah habis sekolah ayah. Kenapa perlu bangun seawal pagi?
Ayah : Bangun! Kata semalam mahu membantu ayah di kebun. Sudah lupakah?
Dengan tiba-tiba aku disimbah sebaldi air yang sangat sejuk.
Aku : Pergh... sejuknya!!!!! Habis basah tempat tidur ini.
Ayah : Hah... dah bangun? Atau mahu lagi?
Aku : EErrgghhh.... sudah cukup ayah. Angah sudah bangun.
Ayah : Sudah bangun, pergi mandi dan sarapan.
Aku : kenapa tidak sarapan terus ayah. Angah sudah mani bukan? Siap basah sekali dengan tempat tidur.
Kemudian aku beredar ke bilik air sambil ketawa...
Setelah selesai aku mandi, aku turun dan bersarapan bersama keluarga aku. Keluarga aku tidaklah ramai hanya seramai 4 orang sahaja termasuk ibu dan ayah. Saya hanya mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Miya. Saya pula merupakan yang tertua bernama Aki. Hidup kami ini tidaklah senang, pekerjaan yang adapun hanya mampu untuk menampung perbelajaan kehidupan sekeluarga.
Setelah aku selesai bersarapan, sudah tugas aku menghantar adik perempuan aku ini untuk ke sekolah. Maklumlah bukan sudah tugas sebagai seorang abang untuk menjaga adik perempuannya.
Aku : Adik, jaga diri elok-elok di sekolah. Belajar rajin-rajin nanti boleh bantu ibu dan ayah.
Miya : Baiklah Aki, Miya pergi dulu. Bye!
Aku tidaklah begitu risau akan keselamatan adik aku ini. Sememangnya orang sekeliling ini sangat menghormati dan saling membantu sesama sendiri kerana mereka sudah sedar akan kesusahan hidup mereka. Namun walaupun hidup kami ini adalah sangat susah, kesusahan ini melatih kami agar sentiasa saling membantu untuk meneruskan kehidupan.
Setelah selesainya menghantar adikku kesekolah, sudah waktunya aku memulakan pekerjaan di awal pagi. Ayahku seperti biasa akan ke kebun untuk melihat tanaman dan ternakannya. Ibu pula sangat sibuk dengan menjahit pakaian yang telah ditempah oleh masyarakat sekeliling. Pekerjaan aku di awal pagi pula adalah mencari mengumpul sampah. Pekerjaan seperti ini bagi masyarakat kami sudah biasa kerana negara kami ini sudah berada diambang peperangan. Setiap hari di kawasan berhampiran akan berlakunya letupan. Sudah tentu akan ada yang terbunuh. Tetapi bagi saya itu menjadi lumrah kehidupan kami dimana yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti.
Pekerjaan aku ini akan bermula seawal pagi sehingga ke tengah hari. Setelah tengah hari, aku akan berehat sebentar di kebun ayahku ini untuk menghilangkan lelah. Jika kami dahaga, kami akan menghirup air sungai berdekatan untuk menghilangkan dahaga. Sememangnya air tersebut keruh, akan tetapi kami tidak mempunyai alternatif lain untuk mendapatkan bekalan air. Setidaknya, air tersebut membantu keluargaku untuk bernafas untuk keesokan harinya.
Apabila petang menjelang tiba, aku dan ayahku akan pergi ke pekan untuk mencari besi yang terbiar untuk dijual. Pekerjaan ini merupakan pekerjaan yang amat bahaya di negara ini kerana kami perlu mengutip besi sama ada di celahan runtuhan, senjata api, periuk api, bom mahupun kenderaan yang sudah meletup. Bagi senjata pula mempunyai nilainya yang sangat tinggi kerana akan digunakan semula untuk menghasilkan senjata. Tidak hairanlah mengapa ramai yang memilih untuk mencari besi untuk dijual.
Apabila senja menjelang tiba, Aku dan ayahku akan menjemput Miya untuk pulang kerumah. Pada waktu malam pula adalah waktu yang amat menakutkan bagi kami semua kerana kebiasaanya peperangan akan berlaku pada waktu malam. Bunyi dentuman dan letupan berada di mana sahaja. Tiada tempat yang selamat di negara kami. Bagi mereka yang keluar di malam hari, itu mungkin merupakan malam yang terakhir buat mereka kerana mereka berpotensi untuk di tembak oleh tentera mahupun musuh.
Dan begitulah kehidupan kami berterusan untuk keesokan harinya. Kedaan yang tidak stabil ini membuat aku terfikir, mengapa negara kami bergolak? Namun itu merupakan soalan yang tiada jawpannya.
Bersambung.......
Ulasan
Catat Ulasan