Wmiru8 Blog

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 2 : Selamat Tinggal Kampung Ku

Hidup kami semua kekal dalam keadaan yang tidak stabil. Entah bila rasanya dunia ini keal begini. Rakyat hidup semakin susah dengan adanya tekanan kuasa asing yang tidak sedikitpun membantu untuk membantu kami malahan semakin memburukkan lagi keadaan.

Keadaan kemudiannnya berubah apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapatnya pertapakan pengganas yang dikatakan bertapak di kamung ini. Dalam masa yang sama Pertubuhan Kuasa Sedunia sudah memulakan gerakan untuk menempatkan askarnya dikawasan perkampungan ini. Setiap hari pasti kedengarannya rakyat tempatan ditahan tanpa sebab. Malahan terdapat juga yang ditebak mati akibat keengganan mereka yang enggan memberikan kerjasama. Keadaan semakin tidak terkawal lagi apabila masyarakat sudah mula terpecah kepada tiga pihak dimana terdapatnya diantara mereka menyebelahi pihak pemberontak, sebahagian lagi berpihak pula kepada kuasa asing dan juga pihak pengganas.

Kami sudah mula tidak rasa sedap hati apabila ketiga pihak ini mula bertelagah mengenai hak dan kawasan kekuasaan mereka. Kemudian tepat pada 8 April 20XX kedua belah pihak ini sudah mengishtiharkan perang antara pihak pemberontak dan pihak kuasa asing. Selepas 10 jam berlalu pihak pengganas turut mengishtiharkan perang keatas kuasa asing. Pada asalnya pihak kuasa asing yang tiperintahkan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin kini menjadi musuh terhadap masyarakat setempat. Dalam situasi begini, pihak pemberontak kini tersepit untuk berperang dengan pihak pengganas dan pihak kuasa asing. Pada ketika itu ramai yang berkeputusan untuk melarikan diri daripada negara ini. Dengan keadaan perang yang semakin tidak terkawal, penduduk mula melarikan diri ke sempadan negara yang berhampiran. Terdapat diantara mereka yang ditembak dan dibunuh dengan kejam kerana menceroboh negara lain. Terdapat juga yang dipenjarakan dan ada juga yang dijadikan sebagai "tikus makmal". Yang lebih memeritkan lagi terdapat diantara mereka yang diperdagangkan ke negara lain.

Setelah seminggu berlalu, perang di negara ini sudah menghampiri negara kami, keadaan ini tidak menyenangkan hati seorang ibu apabila memikirkan nasib anak-anaknya yang membesar dalam keadaan perang. Dengan keadaan perang yang sudah berada di kampung sebelah. Ibu dan bapa sudah berkeputusan untuk melarikan diri bersama keluarga. Pihak pemberontak yang berada dalam keadaan begini telah meminta mana-mana anak muda atau orang dewasa untuk mempertahankan tanah air mereka. Bagi mereka yang tidak menyertai peperangan mereka di anggap sebagai orang awam. Mereka akan dihantar kekawasan yang lebih selamat. Ayahku telah membuat keputusan untuk kekal mempertahankan tanah air ini. Ayah menyatakan kepada aku supaya jaga keluarga kami jika dia sudah tiada. Dengan tiba-tiba siren udara sudah berbunyi yang menandakan sudah ada amaran awal untuk menghadapi serangan udara.

Keadaan sudah tidak terkawal, semua orang menyelamatkan diri mereka. Ayahku terus mara ke barisan hadapan untuk menahan serangan musuh sementara menunggu orang awam meninggalkan kawasan perumahan. Dengan sekelip mata sahaja aku melihat sebuah roket membedil posisi ayahku bertahan. Ayahku rebah dalam keadaan berlumuran darah. Aku segera mendapatkan ayahku. Sebelum ayahku meninggal, dia berpesan kepada ku supaya bawa adik dan ibu melarikan diri bersama penduduk yang lain. Ayahku memerintahkan supaya pergi meninggalkannya namun aku enggan. Ayahku berkeras supaya memastikan ibu dan adik selamat. Akhirnya aku akur dengan perintahnya dan meninggalkannya. Aku segera mendapatkan adik dan ibu supaya berkumpul bersama dengan penduduk yang lain sebelum beransur-ansur meninggalkan kawasan perkampungan.

Sepanjang perjalanan aku untuk mencari adik dan ibu aku melihat terdapat banyak mayat penduduk bergelimpangan disana dan disini. Aku berharap agar nasib ibu dan adik tidak sama seperti mereka. Namun aku salah, aku melihat sekujur tubuh di tepi jalan yang sudah tidak bernyawa. Entah mengapa hati aku tergerak untuk melihat sendiri wajah muka mayat tersebut. Dengan terkejutnya aku menyedari itu adalah ibu ku. Luluhnya hati ini apabila mengetahui perkara tersebut. Aku segera meninggalkan mayat ibu ku untuk mencari adik ku. Setibanya aku dirumah, leganya rasa hati ini apabila menyedari adik ku masih selamat. Aku dengan pantasnya mencapai tangan adik ku dan segera meninggalkan rumah. Adik ku bertanya kepada ku apa yang sudah terjadi dan dimanakah ibu dan ayah. Dengan berat hatinya aku menyatakan mereka sudah tiada kerana terkena bedilan udara. Setelah itu adik ku sedih sehingga menitiskan air mata apabila mendengarkan berita tersebut. Aku juga turut bersedih akan situasi tersebut tetapi aku dengan segera mencapai tangan adik ku meninggalkan rumah.

Ketika dalam perjalanan  aku terlihat terdapat sekumpulan penduduk bersama masyarakat disana. Namun hati ku ini merasakan tidak senang dengan kumpulan tersebut kerana pakaian yang mereka gunakan adalah tidak sama seperti pakaian pihak pemberontak. Aku berkeputusan untuk tunggu dan lihat. Setelah beberapa ketika, gerak hati aku ini benar apabila kumpulan askar tersebut melepaskan tembakan terhadap kumpulan orang awam tersebut. Aku segera mencapai adik ku dan menutup mata serta telinganya. Aku meningatkan adik ku supaya senyap atau kami akan senasib dengan kumpulan orang awam tersebut. Kemudian aku sedar bahawa pihak pihak pengganas menyamar menyerupai pihak pemberontak supaya penghapusan kumpulan penduduk menjadi lebih mudah. Dengan ini aku sedar bahawa tiada sesiapa yang boleh aku percayai. Aku dan adik ku menangis melihat orang awam yang menjadi mangsa korban pihak pengganas.

Setelah beberapa ketika mereka menyedari semua orang awam terbunuh, mereka melaporkannya melalui walkie-talkie. Dengan tiba-tiba, terdapat sebuah kenderaan yang menuju kearah mereka. Terdapat tiga orang yang keluar dari kenderaan tersebut dan dari pakaiannya aku dapat mengenalpasti bahawa mereka adalah individu dari pihak kuasa asing. Akuterkedu menyedari bahawa pihak kuasa asing dan pihak pengganas melakukan kerjasama untuk menewaskan pihak pemberontak untuk menawan negara ini. Dalam perbualan mereka menyatakan bahawa pihak kuasa asing akan menawan segala bentuk ekonomi negara tersebut manakala pihak pengganas pula akan menghapuskan semua penduduk kerana mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza. Maklumat yang aku dapatkan ini cukup banyak yang memungkinkan kami dibunuh jika ditahan mereka.

Aku segera mencapai tangan adik ku dan segera beredar dari perkampungan tersebut. Dan kemudian pengembaraan kami pun bermula. Aku dan adik sudah memutuskan untuk singgah ke kawasan selatan negara iaitu merupakan satu-satunya kawasan yang terakhir yang merupakan kubu kuat yang masih dipertahankan pihak pemberontak sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan atau kekal di negara ini.

Bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelaburan eToro

Unit Pertahanan Benua (UPB) - Intro

Jual beli emas secara atas talian