Wmiru8 Blog

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 2 : Selamat Tinggal Kampung Ku

Hidup kami semua kekal dalam keadaan yang tidak stabil. Entah bila rasanya dunia ini keal begini. Rakyat hidup semakin susah dengan adanya tekanan kuasa asing yang tidak sedikitpun membantu untuk membantu kami malahan semakin memburukkan lagi keadaan. Keadaan kemudiannnya berubah apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapatnya pertapakan pengganas yang dikatakan bertapak di kamung ini. Dalam masa yang sama Pertubuhan Kuasa Sedunia sudah memulakan gerakan untuk menempatkan askarnya dikawasan perkampungan ini. Setiap hari pasti kedengarannya rakyat tempatan ditahan tanpa sebab. Malahan terdapat juga yang ditebak mati akibat keengganan mereka yang enggan memberikan kerjasama. Keadaan semakin tidak terkawal lagi apabila masyarakat sudah mula terpecah kepada tiga pihak dimana terdapatnya diantara mereka menyebelahi pihak pemberontak, sebahagian lagi berpihak pula kepada kuasa asing dan juga pihak pengganas. Kami sudah mula tidak rasa sedap hati apabila ketiga pihak ini mula bertelagah ...

Cara menggunakan eToro

Tentu ramai yang tertanya , bagaimanakah cara untuk menggunakan eToro . Sama seperti saya , pada mulanya saya sendiri tidak mengetahui cara untuk menggunakan eToro tetapi lama kelamaan saya dapat menguruskan sendiri pelaburan samaada ingin menjual atau membeli. Saya akan berkongsikan maklumat yang asas terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.

 PENDAFTARAN


Jika ingin melihat sendiri eToro , anda perlu melayari https://www.etoro.com/ms-my/login . Jika ingin mendaftar layari https://www.etoro.com/ms-my/accounts/sign-up . Bagi yang tidak pernah membuka laman web ini , anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Setelah anda mendaftar masuk , anda dapat melihat laman web seperti gambar dibawah

MENAMBAH PASARAN


Di bahagian sebelah kiri , anda boleh melihat pilihan bar dari senarai pantau sehinggalah ke log keluar. Di senarai pantau , anda boleh melihat sendiri senarai pelaburan yang sudah disediakan. 
Anda boleh menambah pasaran untuk pelaburan dengan cara scroll bahagian bawah laman seperti dibawah kemudian klik tambah pasaran


Apabila anda sudah menambah pasaran , anda boleh melabur dengan klik pasaran tersebut



Di bahagian suapan , anda boleh melihat sendiri komen mengenai pasaran tersebut . Ini mungkin dapat membantu anda , namun ini bukannya suatu nasihat pelaburan. Hal ini kerana setiap pelaburan itu pastilah mempunyai risiko samaada tinggi atau rendah serta untung mahupun rugi. 


Di bahagian statistik , anda boleh melihat sendiri gambar rajah tentang maklumat tahun sebelum mengenai harga jualan , jumlah pulangan berserta tarikhnya sekali. Anda juga boleh melihat sendiri profil mengenai pasaran tersebut.


Di bahagian carta , anda boleh melihat sendiri carta yang sama anda boleh lihat di bahagian statistik. Carta ini boleh menunjukkan data dengan lebih terperinci dan dapat membantu anda untuk mengkaji strategi pelaburan anda sendiri.

BERDAGANG


Jika anda ingin membuat pelaburan anda perlu klik pada bahagian berdagang.

 Belian

Jualan

Kemudian anda perlu memilih samaada ingin membuat jualan atau belian. Harga jualan dan belian akan berubah mengikut keadaan permintaan semasa dunia. Bagi yang beragama islam , anda perlu membaca terma dan syarat. Anda perlu menutup pelaburan sebelum jam 5.00 p.m. kerana ketika itu mereka akan melakukan riba. Jadi , baca terma dan syarat secara terperinci kerana berkemungkinan maklumat ini akan berubah.

PEMBAYARAN & TRANSAKSI


Bagi melaksanakan transaksi , anda perlu mengemaskini maklumat peribadi di bahagian tetapan atau klik profil lengkap di bahagian kiri bar. Maklumat tersebut tidak boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja kerana maklumat tersebut boleh mengakses akaun anda.

KESIMPULAN

Akhir kata , tolong banyakkan bertanya , membaca dan mengkaji terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Peringatan , jangan sesekali mendengar kata-kata orang , kajilah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jadilah seperti ikan di lautan , walaupun air laut itu masin ikan tidak terasa masin.

PERINGATAN : Maklumat diatas bukan bertujuan untuk nasihat pelaburan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelaburan eToro

Unit Pertahanan Benua (UPB) - Intro

Jual beli emas secara atas talian