Wmiru8 Blog

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 2 : Selamat Tinggal Kampung Ku

Hidup kami semua kekal dalam keadaan yang tidak stabil. Entah bila rasanya dunia ini keal begini. Rakyat hidup semakin susah dengan adanya tekanan kuasa asing yang tidak sedikitpun membantu untuk membantu kami malahan semakin memburukkan lagi keadaan. Keadaan kemudiannnya berubah apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapatnya pertapakan pengganas yang dikatakan bertapak di kamung ini. Dalam masa yang sama Pertubuhan Kuasa Sedunia sudah memulakan gerakan untuk menempatkan askarnya dikawasan perkampungan ini. Setiap hari pasti kedengarannya rakyat tempatan ditahan tanpa sebab. Malahan terdapat juga yang ditebak mati akibat keengganan mereka yang enggan memberikan kerjasama. Keadaan semakin tidak terkawal lagi apabila masyarakat sudah mula terpecah kepada tiga pihak dimana terdapatnya diantara mereka menyebelahi pihak pemberontak, sebahagian lagi berpihak pula kepada kuasa asing dan juga pihak pengganas. Kami sudah mula tidak rasa sedap hati apabila ketiga pihak ini mula bertelagah ...

Cara menggunakan Best App (Aplikasi pelaburan)

PENGENALAN

Aplikasi Best Invest merupakan antara aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan. Aplikasi tersebut telah dihasilkan oleh Syarikat perbankan Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad atau dikenali sebagai BIMB. Aplikasi tersebut merupakan antara aplikasi melaksanakan pelaburan mengikut syariat islam. Dengan kata lain aplikasi tersebut adalah patuh syariah. Jadi tidak perlu di risaukan lagi sama ada hasil duit pelaburan tersebut mempunyai unsur haram atau meragukan untuk digunakan.

PENDAFTARAN

Untuk pendaftaran anda perlu dilakukan dengan menggunakan aplikasinya sendiri. Tiada pendaftaran melalui pihak ketiga yang digunakan oleh pihak BIMB. Sebarang pendaftaran tersebut perlu dilakukan oleh anda sendiri demi menjamin keselamatan data peribadi anda. Aplikasi ini buat masa ini hanya tersedia di Google Play dan App Store. Jadi hati-hati ketika memulakan pelaburan anda agar tidak tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.






Apabila anda membuka aplikasi ini, anda boleh melog masuk bagi mereka yang sudah mendaftar atau klik "Buka Akaun Disini" untuk memulakan proses pendaftaran anda seperti gambar diatas. Peringatan pastikan tiada pihak ketiga dalam proses pendaftaran ini untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran data peribadi anda.


Selepas itu, anda perlu mengisi butiran peribadi anda seperti email, nombor telefon dan kata laluan. Pastikan kata laluan anda itu unik, mempunyai huruf, simbol dan nombor agar sukar untuk diakses oleh pihak ketiga. Pastikan juga email dan nombor telefon anda masukkan adalah aktif untuk membolehkan sebarang penyampaian maklumat kepada anda.


Di dalam contengan warna hitan seperti gambar diatas itu merupakan alamat email yang anda daftarkan. Pastikan maklumat tersebut adalah betul. Setelah itu anda perlu melengkapkan maklumat kenali pelanggan elektronik (EKYC), butiran FATCA, dan butiran risiko pelaburan anda. Maklumat tersebut akan mepunyai tanda ( / ) menunjukkan maklumat tersebut telah disahkan.

Maklumat Kenali Pelanggan Elektronik

Anda perlu mengambil gambar mengenai maklumat data peribadi. Peringatan, anda mungkin perlu mengambil gambar untuk beberapa kali bergantung kepada kejelasan gambar tersebut. Setelah anda ambil gambar, ianya akan ditukar kepada tulisan (sekiranya tiada perubahan sejak saya mendaftar). Jangan lupa untuk memeriksa maklumat tersebut samada betul ataupun tidak.

Butiran FATCA

Setelah itu anda perlu melangkapkan FATCA. Maklumat ini sangatlah penting bagi pelabur dalam mengenalpasti anda mempunyai cukai taksiran luar negara atau tidak. (Sila maklumkan jika penerangan mangenai FATCA ini salah)

Kenali Profil Risiko Pelaburan Anda

Maklumat ini diperlukan bagi mengenalpasti samada anda ini pelabur agresif ataupun konservetif. Maklumat ini boleh diedit dari semasa ke semasa.

Jika anda mengalami sebarang permasalahan atau kesilapan dalam mengisi maklumat peribadi. Anda boleh memaklumkan kepada Best Invest melalui email mereka di google play, app store ataupun di contact us yang tersedia di aplikasi tersebut seperti gambar di bawah.




Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh meninggalkan komen dibawah atau merujuk laman web Best Invest. ( Peringatan jika terdapat sebarang kesilapan tolong maklumkan kepada saya melalui ruangan komen dibawah )

Terima Kasih kepada anda kerana membaca blog ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelaburan eToro

Unit Pertahanan Benua (UPB) - Intro

Jual beli emas secara atas talian