Pada tahun 2012 memperlihatkan bahawa ianya merupakan tahun kemuncak bagi kenaikan harga emas sebelum kian menjunam semula pada awal tahun 2013. Namun pada akhir tahun 2014 harga emas mencapai nilai yang terendah pada 6 November 2014 dengan nilainya serendah RM 122.8184 segram sebelum harganya kian meningkat semula pada tahun berikutnya.
Harga emas terus meningkat sehingga pada 4 September 2017 dengan nilai emas sebanyak RM 183.1654 segram. Setelah itu harga emas menunjukkan penurunan secara perlahan sehingga pada 22 Ogos 2018 dengan nilai emas RM 157.7444 segram.
Bermula pada tahun 2019 menunjukkan tahun keemasannya pula apabila harga emas meningkat secara drastik sehingga mencapai harga RM 207.5704 segram pada 2 September 2019 sebelum kembali menurun. Namun apabila menjelangnya musim Covid-19 pada akhir Disember 2019, harga emas kembali meningkat semula sehingga mencapai harga tertinggi pada 17 Ogos 2020 dengan nilai RM 268.1790 segram.
Namunharga emas kembali menurun dan meningkat semula dimana harga terendah yang dicatatkan ialah RM 224.8697 segram pada 1 Mac 2021 sebelum kembali meningkat semula.
https://goldprice.org/ms/gold-price-chart.html
Mahu terlibat dalam bidang ini atau berkeinginan tinggi membuat duit melalui jual beli emas?
Tidak mahu keluar dari rumah kerana risau akan Covid-19?
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat jual beli emas dengan menggunakan telefon sahaja.
1) Public Gold
Public Gold
Public Gold merupakan antara salah satu syarikat yang menawarkan jual beli emas dengan menggunakan telefon atau komputer riba sahaja.
1. Bagi proses jual beli di laman rasmi transaksi minimum yang diperlukan adalah serendah RM 100 sahaja.
2. Menyediakan perkhidmatan untuk jual dan beli emas dan perak
Emas yang anda beli ini bukan hanya di telefon pintar sahaja, tetapi anda boleh menebus emas fizikal di pusat cawangan public gold yang rasmi.
Bagi proses pendaftaran dan maklumat yang lanjut anda boleh melayari di https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login atau https://publicgold.com.my/ .
Sebelum anda mendaftar, perlulah terlebih dahulu menilai kelebihan dan kekurangan syarikat tersebut.
2) HelloGold
HelloGold
HelloGold merupakan salah satu aplikasi yang turut boleh digunakan dalam membuat transaksi jual beli emas. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah merangkumi:
1. Beli dan simpan emas dalam gred pelaburan.
2. Jual semula emas dengan mudah dan keluarkan wang anda.
3. Hantarkan emas anda kepada rakan dan keluarga.
4. Tebus emas fizikal bermula dari 1 gram
5. Jejaki harga emas semasa.
6. Sertai program simpanan Smatsaver.
Dapat diperlihatkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan sedikit berbeza antara satu sama lain. Namun anda hendaklah membuat penilaian anda sendiri mengenai keperluan yang anda inginkan. Saya harap hasil penulisan ini sedikit sebanyak membantu anda semua untuk mengetahui cara untuk membeli emas secara sah dan patuh syariah.
Jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan mengenai maklumat ini sila tinggalkan di ruangan komen. Semoga bermanfaat!!!
Ulasan
Catat Ulasan