Wmiru8 Blog

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 2 : Selamat Tinggal Kampung Ku

Hidup kami semua kekal dalam keadaan yang tidak stabil. Entah bila rasanya dunia ini keal begini. Rakyat hidup semakin susah dengan adanya tekanan kuasa asing yang tidak sedikitpun membantu untuk membantu kami malahan semakin memburukkan lagi keadaan. Keadaan kemudiannnya berubah apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapatnya pertapakan pengganas yang dikatakan bertapak di kamung ini. Dalam masa yang sama Pertubuhan Kuasa Sedunia sudah memulakan gerakan untuk menempatkan askarnya dikawasan perkampungan ini. Setiap hari pasti kedengarannya rakyat tempatan ditahan tanpa sebab. Malahan terdapat juga yang ditebak mati akibat keengganan mereka yang enggan memberikan kerjasama. Keadaan semakin tidak terkawal lagi apabila masyarakat sudah mula terpecah kepada tiga pihak dimana terdapatnya diantara mereka menyebelahi pihak pemberontak, sebahagian lagi berpihak pula kepada kuasa asing dan juga pihak pengganas. Kami sudah mula tidak rasa sedap hati apabila ketiga pihak ini mula bertelagah ...

Aplikasi yang boleh buat duit


Kali ini saya akan kongsikan aplikasi yang boleh membantu anda untuk menjana pendapatan. Namun, ingin saya mengingatkan sekali lagi bahawa aplikasi yang dinyatakan boleh digunakan di peranti Android, Apple. 

1) Hello Gold

Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang digunakan untuk simpanan emas. Tempoh masa untuk simpanan emas kebiasaannya bertujuan untuk jangka masa panjang yang disebabkan emas merupakan salah satu nilai yang stabil. Disamping jumlah pelanggan yang penyimpan emas semakin meningkat, Tidak hairanlah Hello Gold tampil menawarkan perkhidmatan untuk menjual dan membeli emas. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan antara yang patuh syariah. Perkhidmatan transaksi lebih cepat, mudah dan selamat. Apa yang menjadikannya istimewa, aplikasi ini membenarkan pembelian emas menggunakan ewallet iaitu boost.


2) Public Gold


Aplikasi ini juga boleh digunakan sama seperti Hello Gold. Aplikasi Public gold ini juga turut menawarkan perkhidmatan jual beli emas secara patuh syariah. Namun apa yang istimewanya, aplikasi  ini telah menawarkan perkhidmatan simpanan emas secara percuma. Walaupun anda menyimpan selama setahun, anda tidak dikenakan sebarang bayaran simpanan.

https://www.publicgold.com.my/

3) Amanah Saham Nasional Bumiputera


Tidak asing lagi di pandangan mata rakyat Malaysia kerana merupakan antara syarikat pelaburan yang paling dipercayai kerana dikuasakan oleh Kerajaan Malaysia. Syariakat ini menawarkan pelbagai unit amanah yang anda inginkan. ASNB akan menggunakan modal yang anda berikan untuk dilaburkan seperti di Bursa Malaysia dan pelbagai lagi. Tidak perlu dibimbangkan kerana syarikat ini merupakan perkhidmatan yang dijamin patuh syariahnya.


4) Wahed Investment


Yang ini merupakan aplikasi kegemaran saya dimana merupakan aplikasi pelaburan. Aplikasi ini juga turut menawarkan perkhidmatan pelaburan secara atas talian seperti ASNB. Wahed Investment akan melaburkan wang yang anda berikan kepada syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Syarikat ini telah menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau ASEAN. 


Sebarang kesalahan dan kesilapan yang terdapat di dalam penulisan ini amat dikesali. Sila tinggalkan komen jika terdapat kesilapan penyampaian maklumat agar dapat diperbetulkan. Terima Kasih kerana membaca dan pastikan supaya teruskan pembacaan dan pengkajian anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelaburan eToro

Unit Pertahanan Benua (UPB) - Intro

Jual beli emas secara atas talian