Wmiru8 Blog

Unit Pertahanan Benua / Continental Defense Unit (CDU) - Episode 2 : Selamat Tinggal Kampung Ku

Hidup kami semua kekal dalam keadaan yang tidak stabil. Entah bila rasanya dunia ini keal begini. Rakyat hidup semakin susah dengan adanya tekanan kuasa asing yang tidak sedikitpun membantu untuk membantu kami malahan semakin memburukkan lagi keadaan. Keadaan kemudiannnya berubah apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapatnya pertapakan pengganas yang dikatakan bertapak di kamung ini. Dalam masa yang sama Pertubuhan Kuasa Sedunia sudah memulakan gerakan untuk menempatkan askarnya dikawasan perkampungan ini. Setiap hari pasti kedengarannya rakyat tempatan ditahan tanpa sebab. Malahan terdapat juga yang ditebak mati akibat keengganan mereka yang enggan memberikan kerjasama. Keadaan semakin tidak terkawal lagi apabila masyarakat sudah mula terpecah kepada tiga pihak dimana terdapatnya diantara mereka menyebelahi pihak pemberontak, sebahagian lagi berpihak pula kepada kuasa asing dan juga pihak pengganas. Kami sudah mula tidak rasa sedap hati apabila ketiga pihak ini mula bertelagah ...

Makanan

MAKANAN
makanan merupakan asas kepada kehidupan semasa anda bermain permainan ini.Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan makanan di dalam minecraft contohnya seperti kentang, lobak merah , gandum , tembikai , labu , dan cendawan.


  • Gandum=boleh di dapati daripada rumput atau pokok yang di potong.Jika anda bernasib baik anda akan mendapat biji benih bagi gandum ini dan anda boleh menanam sehingga menjadi besar.Anda boleh menuainya jika sudah menjadi betul-betul perang(brown).
  • Cendawan=boleh didapati di tempat-tempat gelap seperti gua, atau dibawah pokok.Jika anda bernasib baik anda menjumpai cendawan di kawasan bertanah gelap.
  • Tembikai=anda boleh menjumpai di kawasan hutan belantara kerana tembikai hidup secara meliar.Tembikai boleh berada di mana-mana kawasan pokok di hutan belantara.
  • Labu=sama seperti tembikai kerana labu hidup secara meliar tetapi agak sukar untuk di jumpai.Kadang kala labu berada berdekatan dengan tembikai.Jadi labu sukar di ramalkan kedudukannya walaupun terdapat banyak di hutan belantara.
  • Lobak dan kentang=boleh didapati dengan membunuh "zombie villager" dalam masa yang sama anda boleh mendapat jongkong emas dan jongkong besi jika anda bertuah.

Setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan jika anda tahu cara untuk mendapatkan sumber makanan selain cara di atas sila tinggalkan komen di bawah.Apapun terima kasih kerana membaca dan kita akan berjumpa lagi pada hari yang seterusnya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelaburan eToro

Unit Pertahanan Benua (UPB) - Intro

Jual beli emas secara atas talian